An-Najm

Bintang

Makkiyyah62 AyatMuka Surat 526
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
53:1Muka Surat 526 · Juzuk 27
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ 1

Demi bintang semasa ia menjunam, -

2
53:2Muka Surat 526 · Juzuk 27
مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ 2

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).

3
53:3Muka Surat 526 · Juzuk 27
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ 3

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4
53:4Muka Surat 526 · Juzuk 27
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌۭ يُوحَىٰ 4

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

5
53:5Muka Surat 526 · Juzuk 27
عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلْقُوَىٰ 5

wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -

6
53:6Muka Surat 526 · Juzuk 27
ذُو مِرَّةٍۢ فَٱسْتَوَىٰ 6

Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -

7
53:7Muka Surat 526 · Juzuk 27
وَهُوَ بِٱلْأُفُقِ ٱلْأَعْلَىٰ 7

Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);

8
53:8Muka Surat 526 · Juzuk 27
ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ 8

Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,

9
53:9Muka Surat 526 · Juzuk 27
فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ 9

Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;

10
53:10Muka Surat 526 · Juzuk 27
فَأَوْحَىٰٓ إِلَىٰ عَبْدِهِۦ مَآ أَوْحَىٰ 10

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.

11
53:11Muka Surat 526 · Juzuk 27
مَا كَذَبَ ٱلْفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ 11

Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

12
53:12Muka Surat 526 · Juzuk 27
أَفَتُمَـٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ 12

Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?

13
53:13Muka Surat 526 · Juzuk 27
وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ 13

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,

14
53:14Muka Surat 526 · Juzuk 27
عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ 14

Di sisi "Sidratul-Muntaha";

15
53:15Muka Surat 526 · Juzuk 27
عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ 15

Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".

16
53:16Muka Surat 526 · Juzuk 27
إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ 16

(Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

17
53:17Muka Surat 526 · Juzuk 27
مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ 17

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.

18
53:18Muka Surat 526 · Juzuk 27
لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَـٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ 18

Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

19
53:19Muka Surat 526 · Juzuk 27
أَفَرَءَيْتُمُ ٱللَّـٰتَ وَٱلْعُزَّىٰ 19

(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -

20
53:20Muka Surat 526 · Juzuk 27
وَمَنَوٰةَ ٱلثَّالِثَةَ ٱلْأُخْرَىٰٓ 20

Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?