Al-Ghashiyah

Peristiwa Menggelisahkan/Hari Pembalasan

Makkiyyah26 AyatMuka Surat 592
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
88:1Muka Surat 592 · Juzuk 30
هَلْ أَتَىٰكَ حَدِيثُ ٱلْغَـٰشِيَةِ 1

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?

2
88:2Muka Surat 592 · Juzuk 30
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍ خَـٰشِعَةٌ 2

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

3
88:3Muka Surat 592 · Juzuk 30
عَامِلَةٌۭ نَّاصِبَةٌۭ 3

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,

4
88:4Muka Surat 592 · Juzuk 30
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةًۭ 4

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar), -

5
88:5Muka Surat 592 · Juzuk 30
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ ءَانِيَةٍۢ 5

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya.

6
88:6Muka Surat 592 · Juzuk 30
لَّيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِن ضَرِيعٍۢ 6

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,

7
88:7Muka Surat 592 · Juzuk 30
لَّا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِى مِن جُوعٍۢ 7

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.

8
88:8Muka Surat 592 · Juzuk 30
وُجُوهٌۭ يَوْمَئِذٍۢ نَّاعِمَةٌۭ 8

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

9
88:9Muka Surat 592 · Juzuk 30
لِّسَعْيِهَا رَاضِيَةٌۭ 9

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -

10
88:10Muka Surat 592 · Juzuk 30
فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍۢ 10

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),

11
88:11Muka Surat 592 · Juzuk 30
لَّا تَسْمَعُ فِيهَا لَـٰغِيَةًۭ 11

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,

12
88:12Muka Surat 592 · Juzuk 30
فِيهَا عَيْنٌۭ جَارِيَةٌۭ 12

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir,

13
88:13Muka Surat 592 · Juzuk 30
فِيهَا سُرُرٌۭ مَّرْفُوعَةٌۭ 13

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),

14
88:14Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَأَكْوَابٌۭ مَّوْضُوعَةٌۭ 14

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),

15
88:15Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌۭ 15

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),

16
88:16Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَزَرَابِىُّ مَبْثُوثَةٌ 16

Serta hamparan-hamparan yang terbentang.

17
88:17Muka Surat 592 · Juzuk 30
أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى ٱلْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ 17

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

18
88:18Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَإِلَى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ رُفِعَتْ 18

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

19
88:19Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَإِلَى ٱلْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ 19

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

20
88:20Muka Surat 592 · Juzuk 30
وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ 20

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?