Ad-Duhaa

Pagi yang Cemerlang / Matahari Meninggi

Makkiyyah11 AyatMuka Surat 596
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
93:1Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَٱلضُّحَىٰ 1

Demi waktu dhuha,

2
93:2Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ 2

Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

3
93:3Muka Surat 596 · Juzuk 30
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ 3

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

4
93:4Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ 4

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

5
93:5Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ 5

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

6
93:6Muka Surat 596 · Juzuk 30
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًۭا فَـَٔاوَىٰ 6

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

7
93:7Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ 7

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

8
93:8Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَوَجَدَكَ عَآئِلًۭا فَأَغْنَىٰ 8

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

9
93:9Muka Surat 596 · Juzuk 30
فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ 9

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

10
93:10Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ 10

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

11
93:11Muka Surat 596 · Juzuk 30
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ 11

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.