An-Naba

Berita Besar

Makkiyyah40 AyatMuka Surat 582
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
78:1Muka Surat 582 · Juzuk 30
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ 1

Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

2
78:2Muka Surat 582 · Juzuk 30
عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ 2

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

3
78:3Muka Surat 582 · Juzuk 30
ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ 3

Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

4
78:4Muka Surat 582 · Juzuk 30
كَلَّا سَيَعْلَمُونَ 4

Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

5
78:5Muka Surat 582 · Juzuk 30
ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ 5

Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

6
78:6Muka Surat 582 · Juzuk 30
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَـٰدًۭا 6

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

7
78:7Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًۭا 7

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

8
78:8Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَخَلَقْنَـٰكُمْ أَزْوَٰجًۭا 8

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

9
78:9Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًۭا 9

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

10
78:10Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَجَعَلْنَا ٱلَّيْلَ لِبَاسًۭا 10

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

11
78:11Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَجَعَلْنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشًۭا 11

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

12
78:12Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًۭا شِدَادًۭا 12

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

13
78:13Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَجَعَلْنَا سِرَاجًۭا وَهَّاجًۭا 13

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

14
78:14Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءًۭ ثَجَّاجًۭا 14

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

15
78:15Muka Surat 582 · Juzuk 30
لِّنُخْرِجَ بِهِۦ حَبًّۭا وَنَبَاتًۭا 15

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

16
78:16Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَجَنَّـٰتٍ أَلْفَافًا 16

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

17
78:17Muka Surat 582 · Juzuk 30
إِنَّ يَوْمَ ٱلْفَصْلِ كَانَ مِيقَـٰتًۭا 17

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

18
78:18Muka Surat 582 · Juzuk 30
يَوْمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًۭا 18

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

19
78:19Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًۭا 19

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

20
78:20Muka Surat 582 · Juzuk 30
وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا 20

Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.