Al-Waqi'ah

Peristiwa yang Tidak Dapat Dielakkan

Makkiyyah96 AyatMuka Surat 534
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
56:1Muka Surat 534 · Juzuk 27
إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ 1

Apabila berlaku hari kiamat itu,

2
56:2Muka Surat 534 · Juzuk 27
لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ 2

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

3
56:3Muka Surat 534 · Juzuk 27
خَافِضَةٌۭ رَّافِعَةٌ 3

Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

4
56:4Muka Surat 534 · Juzuk 27
إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّۭا 4

(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

5
56:5Muka Surat 534 · Juzuk 27
وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّۭا 5

Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

6
56:6Muka Surat 534 · Juzuk 27
فَكَانَتْ هَبَآءًۭ مُّنۢبَثًّۭا 6

Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

7
56:7Muka Surat 534 · Juzuk 27
وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًۭا ثَلَـٰثَةًۭ 7

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

8
56:8Muka Surat 534 · Juzuk 27
فَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ 8

Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

9
56:9Muka Surat 534 · Juzuk 27
وَأَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَـٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ 9

Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

10
56:10Muka Surat 534 · Juzuk 27
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ 10

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

11
56:11Muka Surat 534 · Juzuk 27
أُو۟لَـٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ 11

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

12
56:12Muka Surat 534 · Juzuk 27
فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ 12

(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

13
56:13Muka Surat 534 · Juzuk 27
ثُلَّةٌۭ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ 13

(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

14
56:14Muka Surat 534 · Juzuk 27
وَقَلِيلٌۭ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ 14

Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

15
56:15Muka Surat 534 · Juzuk 27
عَلَىٰ سُرُرٍۢ مَّوْضُونَةٍۢ 15

(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

16
56:16Muka Surat 534 · Juzuk 27
مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَـٰبِلِينَ 16

Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

17
56:17Muka Surat 535 · Juzuk 27
يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌۭ مُّخَلَّدُونَ 17

Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

18
56:18Muka Surat 535 · Juzuk 27
بِأَكْوَابٍۢ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍۢ مِّن مَّعِينٍۢ 18

Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

19
56:19Muka Surat 535 · Juzuk 27
لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ 19

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

20
56:20Muka Surat 535 · Juzuk 27
وَفَـٰكِهَةٍۢ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ 20

Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,