Al-Qalam

Pena / Kalam

Makkiyyah52 AyatMuka Surat 564
Mod Baca

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

1
68:1Muka Surat 564 · Juzuk 29
نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ 1

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -

2
68:2Muka Surat 564 · Juzuk 29
مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍۢ 2

Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).

3
68:3Muka Surat 564 · Juzuk 29
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍۢ 3

Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);

4
68:4Muka Surat 564 · Juzuk 29
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍۢ 4

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

5
68:5Muka Surat 564 · Juzuk 29
فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ 5

Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -

6
68:6Muka Surat 564 · Juzuk 29
بِأَييِّكُمُ ٱلْمَفْتُونُ 6

Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.

7
68:7Muka Surat 564 · Juzuk 29
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ وَهُوَ أَعْلَمُ بِٱلْمُهْتَدِينَ 7

Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

8
68:8Muka Surat 564 · Juzuk 29
فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ 8

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah).

9
68:9Muka Surat 564 · Juzuk 29
وَدُّوا۟ لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ 9

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

10
68:10Muka Surat 564 · Juzuk 29
وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍۢ مَّهِينٍ 10

Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), -

11
68:11Muka Surat 564 · Juzuk 29
هَمَّازٍۢ مَّشَّآءٍۭ بِنَمِيمٍۢ 11

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -

12
68:12Muka Surat 564 · Juzuk 29
مَّنَّاعٍۢ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ 12

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi yang amat berdosa, -

13
68:13Muka Surat 564 · Juzuk 29
عُتُلٍّۭ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ 13

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

14
68:14Muka Surat 564 · Juzuk 29
أَن كَانَ ذَا مَالٍۢ وَبَنِينَ 14

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -

15
68:15Muka Surat 564 · Juzuk 29
إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ ءَايَـٰتُنَا قَالَ أَسَـٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ 15

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".

16
68:16Muka Surat 564 · Juzuk 29
سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ 16

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).

17
68:17Muka Surat 565 · Juzuk 29
إِنَّا بَلَوْنَـٰهُمْ كَمَا بَلَوْنَآ أَصْحَـٰبَ ٱلْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا۟ لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ 17

Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -

18
68:18Muka Surat 565 · Juzuk 29
وَلَا يَسْتَثْنُونَ 18

Serta mereka tidak menyebut pengecualian.

19
68:19Muka Surat 565 · Juzuk 29
فَطَافَ عَلَيْهَا طَآئِفٌۭ مِّن رَّبِّكَ وَهُمْ نَآئِمُونَ 19

Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.

20
68:20Muka Surat 565 · Juzuk 29
فَأَصْبَحَتْ كَٱلصَّرِيمِ 20

Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.